Nabi saw menegaskan :

ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يمجسانه
Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .
( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

Semalam saya berchatting dengan sahabat lama saya yang sudah lama tidak bertemu secara online. Dia menyindir-yindir saya. Nasihatilah sahabatnya, gunakan bahasa-bahasamu yang indah. Dia sedia memberitakan saya email sahabatnya itu, saya kata, bukan saya yang sepatutnya menegur orang itu, tetapi dialah yang sepatutnya. Dia menukar topik lain pula – dia ini memang suka mengelak apabila saya ingin berbicara tentang hal sebegini.

      Saya tahu dia resah. Fail exam, terpaksa pula extend sampai setahun lagi. Dia accident dengan kereta mewah, dia menanggung hutang lagi. Terpaksa kerja untuk bayar hutang, duit hilang pula. Sekarang dah masuk musim sejuk, dia hilang kerja. Kena cari kerja lain. Hidupnya bagai sudah jatuh ditimpa tangga, terkena batu pula kepala. Bertimpa-timpa. Dia kesal dengan hidupnya. Dia kata badluck. Saya bilang, Allah telah menyediakan semua ini sebagai tarbiyyah dariNya supaya dia lebih tabah lagi masa depan. Saya bilang, cuba check balik, solat, mengaji Al-Quran, puasa sunat, adakah kita jaga semua itu? Dia kata, semua orang tabligh sama saja, suka cakap benda yang sama. Saya bilang, saya bukan tabligh, tapi ini adalah realiti. Dia kata, orang kuat ibadat pun kena problem juga. Benar, kata saya, tapi cara mereka handle problem itu yang berbeza. Anda semua setuju dengan saya? Cubalah hayati ayat di bawah ini:-

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri” (Al-Hadid:22-23)

Sahabat saya memberitahu saya dahulu dia budak baik. Maksud dia, dia sukakan aktiviti bercorak Islam, bukan macam sekarang, rasa ingin melarikan diri. Dia tidak suka mereka yang suka memaksa-maksa. Saya bilang, setiap orang approachnya berbeza-beza, ubahlah pemikiran kita yang mereka cuma ingin mendekatkan kita kepada Islam.  Setiap harakah berbeza cara kerjanya. Benar, attitude kita lebih terasa kesannya daripada kata-kata. Lafaz yang dizahirkan melalui amalan itu lebih berkesan. Ini bukan satu kesangsian. Ini adalah kenyataan.

    Memang banyak yang menjadi bahan bualan kami. Masalah Melayu-Cina, asal usul Melayu, Parameswara, keunggulan Melayu satu masa dahulu, rumput dan sebagainya. Dia kata buat ape nak tarik orang Islam ke Islam, tarik orang kafir ke Islamlah. Konsepnya begini, orang Islam kita ajak ke aktiviti-aktiviti Islam supaya bertambah kefahamannya terhadap Islam, itu priority kita sekali. Umat Islam sekarang hancur, sahsiah hancur, itu semua kita sudah sedia maklum. Jadi fiqh auliyatnya sudah lain, kita tarbiyyah diri dan orang Islam dahulu, baru kita pergi kepada orang kafir. Kalau orang Islam sendiri tidak boleh dijadikan contoh, bagaimana orang kafir ingin tertarik kepada Islam? Seperti yang saya katakana tadi, perbuatan itu lebih kuat kesannya dari kata-kata. Ada faktor-faktor lain yang menjadi punca Islam adalah agama yang paling cepat berkembang waktu ini. Tapi ini bukan menjadi topik tulisan saya hari ini.

       Orang Islam sekarang masih mencari-cari identiti diri, sedangkan Islam terbentang di depan mata. Masih melarikan diri dari realiti. Masih tenggelam dengan penipuan duniawi yang serba indah penuh permainan yang warna warni. Namun semuanya punah apabila nyawa tercabut dari jasad. Antara mahu dengan tidak, itu sahaja. Tidak ada alasan tidak dapat belajar tentang Islam, bahan bersepah-sepah. Antara hati mahu atau tidak, itu saja.

        Dia kata dia tak suka mengaji, tapi suka dengar bacaan Al-Quran. Dia rasa dirinya rosak. Tapi bila tengok orang lain, dia rasa orang lain lebih teruk. Saya bilang, dalam hal harta dunia, kita kena tgk orang yg jauh lebih rendah dari kita. Untuk hal akhirat, kita kena tgk orang yg atas dari kita. Dia kata, Well said. Okay, dia sudah nampak point di situ. Dia bilang nasyid sekarang bukan lagi nasyid seperti dulu. Nasyid sekarang nasyid rap. Nasyid sekarang ini semuanya sampah, itu dia kata. Saya menyetujuinya dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya saya berjaya memperkenalkan dia dengan www.searchtruth.com. Dia kata ini website yang hebat, bagus sekali. Saya tersenyum puas. Saya doakan dia selalu menggunakan website ini kelak.

    Tiba-tiba dia bertanya saya adakah saya suka mendengar Al-Quran dan siapa recitor kegemaran saya. Saya jawab Mishary (http://alafasy.tripod.com/) Dia kata dia suka Saad Al-Ghamidi saja.  Saya offer dia mahukah dia mendengar Mishary pula, dia jawab ya. Saya gembira kerana dia juga suka recitor ini. Senang katanya, bacaan jelas tidak bersambung-sambung. Dia gembira benar, dia ingin seluruh Al-Quran itu. Alhamdulillah. Dia kata, natsukashi, maksudnya satu perasaan yang sudah lama kita  tak dengar dan dengar, kita akan rasa perasaan ini. Satu perasaan yang puas, mungkin. Alhamdulillah. Perbualan kami terhenti apabila dia suruh saya berhenti. Dia kata saya ini bahaya. Sedangkan jin pun masuk Islam apabila dengar Al-Quran, apatah lagi manusia.

Marilah kita kembali ke fitrah kita – fitrah yang sentiasa inginkan kepada kebaikan.

Taqaballah huwa min kum