Cerita
Disember 20, 2007
Balik! – for mental refreshment (30th Jan – 3rd March 08)
Posted by nhs under CeritaLeave a Comment
Disember 20, 2007
Graviti seorang daei akan meningkat apabila dia berada dilingkungan orang-orang soleh, ataupun apabila dia berada di kalangan orang-orang yang kurang soleh – as in fasik. Saya lebih berminat untuk membincangkan perkara yang kedua – yakni hal itu menyebabkan jiwanya yang secara batinnya ingin memenangkan kebaikan bergelojak rasa ingin membanteras. Saya telah menjumpai website yang memaparkan gambar-gambar reunion sekolah saya dahulu – dan saya telah mencapai beberapa konklusi – dan bisa saya panjangkan daripada bacaan saya tentang “Tanggungjawab Pelajar Islam dalam Memulihkan Negara-negara Islam”. Antara pemerhatian saya ialah:
1- Walaupun terdiri daripada golongan professional, mereka ini lebih berkiblatkan barat daripada mengambil intipati Islam. Secara amnya, golongan professional negara ini lebih suka mengikut acuan barat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang graduate dari luar negara. Yang graduate dari dalam negara juga sama. Tidak sah kalau tidak menjemput penyanyi/penghibur/pelawak/manusia yang terkinja-kinja di atas pentas + berpakaian tidak senonoh bagi “menghiburkan” (kononnya) tetamu yang hadir. Sukarnya mendapatkan majlis-majlis keramaian yang membesarkan nama Allah – maksud saya majlis-majlis seperti reunion.
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan) (Al-Ankabut:57)
2 – Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (Al-An’am:116) Jika kita berpakaian seperti mereka (yakni the kuffar) samalah kita seperti mereka – ini adalah contoh paling mudah. Belum termasuk cara berfikir, hidup, cara kita bergembira dan lain-lain
November 18, 2007
Nabi saw menegaskan :
ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يمجسانه
Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .
( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )
Semalam saya berchatting dengan sahabat lama saya yang sudah lama tidak bertemu secara online. Dia menyindir-yindir saya. Nasihatilah sahabatnya, gunakan bahasa-bahasamu yang indah. Dia sedia memberitakan saya email sahabatnya itu, saya kata, bukan saya yang sepatutnya menegur orang itu, tetapi dialah yang sepatutnya. Dia menukar topik lain pula – dia ini memang suka mengelak apabila saya ingin berbicara tentang hal sebegini.
Saya tahu dia resah. Fail exam, terpaksa pula extend sampai setahun lagi. Dia accident dengan kereta mewah, dia menanggung hutang lagi. Terpaksa kerja untuk bayar hutang, duit hilang pula. Sekarang dah masuk musim sejuk, dia hilang kerja. Kena cari kerja lain. Hidupnya bagai sudah jatuh ditimpa tangga, terkena batu pula kepala. Bertimpa-timpa. Dia kesal dengan hidupnya. Dia kata badluck. Saya bilang, Allah telah menyediakan semua ini sebagai tarbiyyah dariNya supaya dia lebih tabah lagi masa depan. Saya bilang, cuba check balik, solat, mengaji Al-Quran, puasa sunat, adakah kita jaga semua itu? Dia kata, semua orang tabligh sama saja, suka cakap benda yang sama. Saya bilang, saya bukan tabligh, tapi ini adalah realiti. Dia kata, orang kuat ibadat pun kena problem juga. Benar, kata saya, tapi cara mereka handle problem itu yang berbeza. Anda semua setuju dengan saya? Cubalah hayati ayat di bawah ini:-
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri” (Al-Hadid:22-23)
Sahabat saya memberitahu saya dahulu dia budak baik. Maksud dia, dia sukakan aktiviti bercorak Islam, bukan macam sekarang, rasa ingin melarikan diri. Dia tidak suka mereka yang suka memaksa-maksa. Saya bilang, setiap orang approachnya berbeza-beza, ubahlah pemikiran kita yang mereka cuma ingin mendekatkan kita kepada Islam. Setiap harakah berbeza cara kerjanya. Benar, attitude kita lebih terasa kesannya daripada kata-kata. Lafaz yang dizahirkan melalui amalan itu lebih berkesan. Ini bukan satu kesangsian. Ini adalah kenyataan.
Memang banyak yang menjadi bahan bualan kami. Masalah Melayu-Cina, asal usul Melayu, Parameswara, keunggulan Melayu satu masa dahulu, rumput dan sebagainya. Dia kata buat ape nak tarik orang Islam ke Islam, tarik orang kafir ke Islamlah. Konsepnya begini, orang Islam kita ajak ke aktiviti-aktiviti Islam supaya bertambah kefahamannya terhadap Islam, itu priority kita sekali. Umat Islam sekarang hancur, sahsiah hancur, itu semua kita sudah sedia maklum. Jadi fiqh auliyatnya sudah lain, kita tarbiyyah diri dan orang Islam dahulu, baru kita pergi kepada orang kafir. Kalau orang Islam sendiri tidak boleh dijadikan contoh, bagaimana orang kafir ingin tertarik kepada Islam? Seperti yang saya katakana tadi, perbuatan itu lebih kuat kesannya dari kata-kata. Ada faktor-faktor lain yang menjadi punca Islam adalah agama yang paling cepat berkembang waktu ini. Tapi ini bukan menjadi topik tulisan saya hari ini.
Orang Islam sekarang masih mencari-cari identiti diri, sedangkan Islam terbentang di depan mata. Masih melarikan diri dari realiti. Masih tenggelam dengan penipuan duniawi yang serba indah penuh permainan yang warna warni. Namun semuanya punah apabila nyawa tercabut dari jasad. Antara mahu dengan tidak, itu sahaja. Tidak ada alasan tidak dapat belajar tentang Islam, bahan bersepah-sepah. Antara hati mahu atau tidak, itu saja.
Dia kata dia tak suka mengaji, tapi suka dengar bacaan Al-Quran. Dia rasa dirinya rosak. Tapi bila tengok orang lain, dia rasa orang lain lebih teruk. Saya bilang, dalam hal harta dunia, kita kena tgk orang yg jauh lebih rendah dari kita. Untuk hal akhirat, kita kena tgk orang yg atas dari kita. Dia kata, Well said. Okay, dia sudah nampak point di situ. Dia bilang nasyid sekarang bukan lagi nasyid seperti dulu. Nasyid sekarang nasyid rap. Nasyid sekarang ini semuanya sampah, itu dia kata. Saya menyetujuinya dengan bersungguh-sungguh.
Akhirnya saya berjaya memperkenalkan dia dengan www.searchtruth.com. Dia kata ini website yang hebat, bagus sekali. Saya tersenyum puas. Saya doakan dia selalu menggunakan website ini kelak.
Tiba-tiba dia bertanya saya adakah saya suka mendengar Al-Quran dan siapa recitor kegemaran saya. Saya jawab Mishary (http://alafasy.tripod.com/) Dia kata dia suka Saad Al-Ghamidi saja. Saya offer dia mahukah dia mendengar Mishary pula, dia jawab ya. Saya gembira kerana dia juga suka recitor ini. Senang katanya, bacaan jelas tidak bersambung-sambung. Dia gembira benar, dia ingin seluruh Al-Quran itu. Alhamdulillah. Dia kata, natsukashi, maksudnya satu perasaan yang sudah lama kita tak dengar dan dengar, kita akan rasa perasaan ini. Satu perasaan yang puas, mungkin. Alhamdulillah. Perbualan kami terhenti apabila dia suruh saya berhenti. Dia kata saya ini bahaya. Sedangkan jin pun masuk Islam apabila dengar Al-Quran, apatah lagi manusia.
Marilah kita kembali ke fitrah kita – fitrah yang sentiasa inginkan kepada kebaikan.
Taqaballah huwa min kum
Oktober 15, 2007
Hari Raya kali ini agak berbeza dengan hari-hari raya yang lepas. Kefahaman tentang hari raya bukan lagi hari untuk berhibur, bergembira dan makan sepuas-puasnya, tetapi ianya ialah hari untuk meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan. Benarlah kata orang, bulan Ramadhan ialah bulan tarbiyyah, bulan di mana amal kebajikan menjadi senang, amalan fardu mahupun sunat dirasai senang untuk dikerjakan. Semoga pentarbiyyahan yang berjalan sepanjang bulan Ramadhan tidak terhenti pada bulan-bulan lain, turut rancak dan istiqamah hendaknya insyaAllah. Ingin sata berkongsi beberapa pengalaman raya kali ini, moga menjadi ikhtibar dan tauladan buat pembaca semua.
Cerita 1 – diceritakan oleh sahabat saya yang bersembang bersama ibu sahabat saya yang lain.
Ibu melahirkan rasa kesalnya melihat generasi muda yang bercampur gaul tanpa batas. “Ibu tak sukalah, ibu tengok lelaki perempuan bercampur bebas, orang luar tengok. Budaya Malaysia ke macam ni, orang atasan tak buat apa-apa ke?”. “Entahlah ibu, nak buat macam mana, di sini bukannya asrama, jadi tidak boleh disetkan rules”.”Ibu tak sukalah macam ni”.
Itulah luahan seorang ibu yang melihat generasi muda masa kini yang bergaul bebas tanpa batas antara lelaki dan perempuan. Kita fahami bahawa generasi mudalah yang bakal mencorak negara pada masa hadapan; melihat generasi muda masa kini, pilu sekali rasanya. Kita tidak mahu pemimpin yang lahir kelak menggalakan budaya pergi ke pub, katanya untuk bersosial. Jika dilihat kembali dari kaca mata sirah nubuwwah, masjid ialah tempat umat Islam bersosial, menimba ilmu, bukan hanya sekadar solat dan membaca Al-Quran sahaja. Lihatlah umat Islam masa kini begitu lemah jiwanya, berjiwa bacul, jiwa yang terjajah. Rata-rata anak muda kini jiwanya hedonis. Jiwa yang ingin bergembira sepanjang masa dan tidak mahu hidup susah. Semangat ingin mengembalikan syiar Islam di muka bumi, jauh sekali terlintas dari pemikiran mereka ini. Lupakah kamu tentang tujuan Allah menciptakan kamu di muka bumi ini? Islam bukan dilihat sebagai salah satu cara hidup yang syumul, tetapi hanya terhad di masjid-masjid dan surau-surau.
Cerita 2
Pada malam raya ada seorang teman Turkish saya menyatakan hari raya di Malaysia tentunya meriah. Saya menjawab ya, tetapi saya lebih suka keadaan di sini. Mungkin orang Malaysia sahaja yang hari raya disambut lebih meriah dari sambutan bulan Ramadhan. Padahal Allah sudah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi sesiapa yang menggunakan masa yang ada pada bulan Ramadhan untuk memaksimumkan amal kebajikan. Sewaktu saya masih di sekolah rendah, ada sekumpulan kawan sekelas saya beraya di rumah. Di sekolah kemudiannya, dia mendengus. “Ceh ingatkan ayah kau kasi RM1, rupa-rupanya 20 sen je!”. Begitulah mentaliti anak-anak hari ini, konsep duit raya sebagai konsep bersedekah kepada kanak-kanak sudah lagi menjadi konsep “wajib beri”. Setiap kali hari raya menjelang tiba, saya kasihankan mak yang terpaksa menyiapkan ratusan ringgit – khusus untuk duit raya sahaja. Jika wang itu disedekahkan kepada orang yang betul-betul memerlukan, bukankah lebih baik?
Wallahu alam.
September 26, 2007
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, semoga semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya.

Antara yang menjadi kegemaran saya ialah mengimbau masa lampau, mengkaji adakah diri saya masih di takuk lama, tidak berubah-ubah umpama air kolam yang dasarnya berkeladak. Sesungguhnya banyak perubahan telah berlaku dalam tempoh dua tiga tahun ini. Misalnya, antara ahli kumpulan saya dalam gambar ini ada yang telah berhenti dari universiti dan berkeputusan bekerja. Agak pelik, tapi ini adalah kehidupan. Ada antara mereka saya tidak pernah ketemu langsung. Tidak tahu apa yang sudah terjadi. Sudah meninggal dunia atau masih hidup, saya tidak tahu. Inilah lumrah dunia – kita tidak akan tahu apa pun yang akan berlaku pada masa akan datang, mahupun sesaat selepas anda membaca tulisan ini. Benarlah firman Allah dalam Surat Luqman, ayat ke-34;
“Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal” (31:34).
Ketika di Tahun 2 saya merupakan seorang yang gila dalam membuat penyelidikan. Boleh dikatakan saya tidak berapa hiraukan makan, minum, tidur saya semata-mata kerana ini. Namun sahabat karib saya mengingatkan adakah ini tujuan hidup saya? Apa yang akan saya perkatakan pada Allah kelak, saya seharusnya menjalankan tugas saya sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Saya perlu fahami dengan jelas bahawa tugas saya sebagai manusia bukan sekadar bergurau senda bersuka ria di atas muka bumi ini. Sekiranya sedemikian, sekiranya saya tidak berasa susah payah dalam mengharung kehidupan ini, tentulah saya termasuk dalam golongan manusia yang rugi. Marilah kita sama-sama menghayati firman Allah ini;
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran” (Al-Asr:1-3).
Dalam ayat di atas, Allah bersumpah dengan masa yang sentiasa bergerak tanpa menunggu kita sesaat pun. Rugilah manusia yang masanya terbuang begitu sahaja tanpa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan amal.
Allah itu lebih mengetahui.
Wassalam.
Julai 23, 2007
Kiambang – Genus silvinia (badangperkasa.fotopages.com)
Salam dari Sydney. Terdapat beberapa rakan saya berdebar apabila saya menyatakan saya akan menulis satu blog baru setelah membatalkan (yaiks when deleted got translated to Malay it does sound weird) blog-blog yang lain. Blog dalam Bahasa Melayu apa eh? Ntah, saya tak tahu.
Saya tertarik dengan frasa ini. “Jangan biarkan kuntum mawar yang mulai memutik gugur jatuh ke tanah sebelum kelopak-kelopaknya sempat mekar agar dicium baunya nan harum”. Ini sama ertinya dengan frasa ini juga, “Satu titik hijau yang akan membesar menjadi kiambang di tengah kali”. Kedua-duanya memberi makna yang sama. Jika anda faham benar erti keadaan kami di sini, pasti tidak sukar untuk mentafsir apa yang tersirat. Yang tersurat itu dari keadaan alam ini jua, yang menggambarkan perjuangan bunga mawar dan si titik hijau kecil.
Moga Allah merahmati semua soldadu-Nya di muka bumi ini. Amin.

