Others



شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّى بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى وَعِيسَى أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

Saya ingatkan Ibnu Jauzi @ Jawzi dan Ibnu Qayyim adalah orang yang sama. Rupa-rupanya bukan. Saya masih belum mendapat sumber tepat mengenai kedua-dua ulama’ ini – hanya picisan dari Sheik Google. Belum tentu tepat, tapi cukup untuk mengubat kekeliruan.

Ibnu Qayyim Al-Jauzi  

Ibnu Jauzi 

Dan hari ini juga saya telah kenal siapa Farish A. Noor.

Entry ini akan diupdate apabila ada kelapangan. Wassalam.

Kasihan diri ku!
Kenapa aku senantiasa lalai padahal aku tak pernah lalai diawasi?
Bagaimana aku bisa hidup damai sementara hari-hari yang menyusahkan sedang menanti?
Kenapa aku tidak bersegera beramal sedangkan aku tidak tahu bila ajal ku datang?
Kenapa aku rela ditawan oleh dunia sedangkan aku tidak akan tinggal selamanya?
Kenapa aku mementingkan dunia sedangkan ia akan pergi dan menghilang?
Dan kenapa kesedihan ku tidak berkepanjangan sedangkan aku tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh Tuhan ku untuk ku kerana dosa-dosa ku?

Ibnu al-Jauzy
Lautan Air Mata

picture2.png

Ucapanmu bagai tertahan-tahan

Kau asyik mengulang-ulang hal yang sama

Kau tidak berkongsi seperti dahulu lagi

Kerana aku bukannya sesiapa.

Kau mungkin tidak teringatkan aku lagi sewaktu kau pergi

Aku rasa ditinggalkan

Kerana aku bukannya sesiapa.

Kau tidak pernah tanya

Apa yang aku rasa

Kerana aku bukannya sesiapa.

Walau mengalir air mata darah sekali pun

Keadaan tetap sama

Kerana aku bukannya sesiapa.

Pesan kekanda buat pedoman,

Doa kepada Tuhan menjadi kekuatan,

Kerana aku bukannya sesiapa.

Malam yang kelam tanpa bintang

Memayungi si pengembara kerdil

Yang dijiwanya hiba dan hatinya kecil

Kerana aku bukannya sesiapa.

1.jpg

kad-raya.JPG

Selamat menyambut lebaran. Moga lebaran kali ini jauh lebih bererti dari lebaran-lebaran lalu.