Tazkiah


Pengamatan:

  • Umat Islam tenggelam dengan hiburan – ini sudah tidak dapat disangkal lagi.
  • Segala hal yang berkaitan dengan Islam dianggap sebagai ilmu agama – bukan Islam sebagai ad-deen (cara hidup)
  • Segala hal yang berkaitan dengan Islam – hampir kesemuanya, adalah janggal di kalangan umat Islam
  • Atau lebih tepat lagi hal-hal berkaitan akhirat adalah amat janggal di kalangan umat Islam
  • Qur’an sekadar di letak di atas almari tinggi dan dianggap “sacred”. Quran sepatutnya di hati bukannya di tempat tinggi dibiarkan berhabuk dan tidak dibaca.
  • Hal solat sudah lama tidak dititik beratkan, ini adalah natijah daripada kelemasan umat Islam dalam dunia hiburan.
  • Hiburan-hiburan bodoh dan tidak langsung memberi peningkatan kepada sel-sel otak menjadi pilihan majoriti umat Islam.
  • Hal-hal agama dipandang remeh dan kuno. Ramai yang lebih suka hidup seperti atheist.
  • Jika sudah cukup solat, baca Quran sudah dianggap “fuyoo” pious
  • dan sebagainya yang terlalu banyak untuk ditulis di sini.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya (57:20)

Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab Neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya) (6:70)
Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (6:116)
Oleh itu, anda sebagai seorang daei yang memahami Islam perlulah:
  • Berusaha keras untuk memulihkan keadaan walaupun hasilnya akan didapati beratus-ratus tahun akan datang
  • Berusaha untuk berjiwa islami setiap masa walaupun berada di dalam lopak jahilliyah – istiqamah!
  • Tidak kenal erti rehat kerana jiwa yang berehat terikat kepada nafsu
  • Menjadi diri anda yang sebenar iaitu sebagai seorang daei di mana jua anda berada.

    • Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (Al-Asr: 1-3)
      Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (2:148)
      Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan) dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir (3:147)
      Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat Syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan (3:148)
    Credit untuk SK.com

    jahiliah_sk.jpg

    Ramadhan sudah berlalu pergi, kedatangannya dihitung, pemergiannya ditangisi oleh jiwa-jiwa mereka yang khusyuk, oleh mereka yang inginkan redha dan rahmat dari Allah Yang Maha Esa. Malam ini malam 1 Syawal, sewajarnya kita berasa sebak, kerana berakhirnya Ramadhan, bulan penuh rahmat. Namun, sewajarnya juga kita berasa gembira dengan kedatangan Syawal, di mana itu adalah hadiah dari Allah atas kemenangan kita melawan runtunan nafsu dan tipu helah dunia. Sesungguhnya jiwa yang tegar imannya berasakan satu perasaan yang tidak dapat dibendung lagi; perasaan yang mengecap kemenangan. Oleh itu sambutlah Syawal dengan bertakbir dengan penuh semangat dan syukur serta perbanyakkanlah zikrullah. Raikanlah kemenangan kita dalam mengembalikan diri ke fitrah asal – bersih dari noda dan dosa. Semoga Allah menemukan kita lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Perkenankanlah permintaan ini wahai Tuhan semesta alam!

    collage1.jpg